Friday, April 20, 2012

10 Dress Inspirasi Sites Tersohor Dunia Yang Awesome.

 Aku tak ambik port sangat pasal dunia peragaan ni tapi dresses ni memang awesome. Diinspirasikan oleh Top 10 websites yang feymes. Designer tidak dapat dikesan kerana aku malas nak cari.

p/s: Not sure about the last one ( PornHub )


Thursday, April 12, 2012

24 Lukisan Terbaik Dari Apps Draw Something

 Demam apps memang tak pernah putus sejak kebelakangan ni dan aku tidak terhindar dari gejala ni. Salah satu apps yang famous untuk pengguna iPhone dan Nokia Android sekarang ni ialah Draw Something . Apps ni memang addict dan berjaya mencungkil bakat terpendam aku sebagai seorang pelukis yang power ! Below aku selitkan 25 lukisan yang terbaik dari pengguna apps ni. Enjoice~





Friday, April 6, 2012

Kebodohan FAM 7.0

  FAM sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sahaja persatuan bolasepak paling bodoh didunia malah ia juga adalah persatuan yang paling bodoh diantara semua persatuan yang wujud dimuka bumi ni dengan memecat orang yang boleh dikatakan banyak berjasa kepada pembangunan bolasepak negara kebelakangan ini.. Walau Persatuan Bulan Sabit Merah lagi waras dari FAM. Seperti yang telah heboh disemua media cetak dan Melodi baru-baru ini, Naib Presiden FAM sendiri iaitu Tan Sri Annuar Musa telah dihukum selama 30 bulan iaitu 2 tahun 6 bulan akibat mengkritik prestasi skuad kebangsaan Malaysia baru - baru ini. Ada beberapa trivia yang aku nak ulas pasal insiden tersebut.

1. Kalau dah prestasi teruk tahap cipan mengawan, salah ke kalau nak tegur . Bukan orang lain, Naib Presiden FAM sendiri. Sultan Bola dengan angkuhnya bertitah bahawa hanya beliau je yang boleh menegur skuad kebangsaan. Selama aku hidup ni, tak pernah pun aku dengar Sultan Pahang Bola menegur prestasi skuad negara walaupun dulu teruk kena tapau dengan geng-geng ASEAN yang lain.

Wajah pengkritik skuad bolasepak negara yang halal.
2.Serius aku cakap,mana persatuan sukan didunia ni yang ditadbir oleh Sultan mahupun Presiden Republik sendiri. Malaysia satu-satunya negara yang mengamalkan tradisi ini. Aku tak pernah dengar Raja Sepanyol jadi Presiden Persatuan Bolasepak Sepanyol. Begitu juga dengan Queen Elizabeth di England, baginda tak pernah masuk campur urusan FA England. Team bolasepak US pun bukan calang-calang dan Barack Obama tak pernah pun menegur mereka.

"Apa? Kita ada pasukan bolasepak negara?! Sejak Bila???!"
3.Salah satu sebab kenapa pasukan bolasepak kita menuju kelaut dalam adalah sebab tidak boleh ditegur melainkan Sultan Bola sahaja. Barang siapa yang tegur,mesti dikenakan tindakan sewajarnya seperti dilucutkan warganegara Malaysia. Semua orang tau,kalau nak berjaya belajar dari kesilapan. Macam mana nak tau kesilapan kalau takde orang tegur. Bangang betul lah.

4.Ada individu berpangkat dalam Kementerian Sukan baru ni menegaskan bahawa ada kelebihan apabila sesebuah persatuan itu ditadbir oleh orang istana iaitu akan mendapat suntikan dana yang banyak. Dia ingat semua warga Malaysia ni bodoh ke apa. Semua orang tahu skuad negara kaya akibat banyak penaja dari badan-badan NGO. Skuad Negara ditaja oleh TM,Astro dan beberapa industri perniagaan besar yang lain.
Kalau ada Genting Highland, baru lah boleh nak cakap Sultan Bola kasi dana.

5.Kalau orang yang bertanggungjawab atas kenaikan prestasi liga tempatan kita sekarang ni, orang tersebut ialah Tan Sri Annuar Musa. Beliau ke England dan Jepun semata-mata untuk menjalinkan hubungan dengan persatuan bolasepak disana. Beliau juga lah yang mencari dana untuk Liga Super dan Premier dengan pergi kehulu dan kehilir hanya untuk mencari penaja agar liga tempatan kita ada halatuju dan dipandang oleh orang lain. Tapi apa yang dia dapat hanyalah Surat Penggantungan dan larangan dari terlibat dalam semua pembangunan bolasepak dalam negara .

Balasan bagi individu yang sayangkan bolasepak negara.
Ada banyak lagi sebab yang boleh aku tulis tapi cukulah 5 sahaja setakat ni sebab kalau nak tulis pasal kebodohan FAM memang tak pernah habis. Aku harap FAM dapat direvolusikan dengan menukar Presiden terlebih dahulu. Dan juga tidak lupa setiausaha yang tak kurang rendah tahap kewarasannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...