Thursday, March 29, 2012

Song Of The Century !!

Yeah ! Forget about Adele or Erica Badhu because this could be the song of the century !! Aku tak mampu berkata apa-apa semasa menonton/mendengar lagu ni kerana terpegun dengan bakat terpendam He-Man yang pandai bernyanyi. He Man FTW !



Dan jikalau anda semua sudah addict menonton video diatas, atas kesungguhan dan keberanian semua pendengar, aku ada sertakan lagu yang sama cuma 'sedikit' lama. haha.. Enjoice la sampai taik telinga anda cair !



kredit to FaezFarhan.

Tuesday, March 27, 2012

Polis Trafik Dilanggar Bas Ekspress Di CIQ JB Semalam.

 Seorang pegawai polis telah meninggal dunia akibat kecuaian seorang pemandu bas. Aku pun tak paham kenapa pemandu-pemandu bas Meleis ni drive laju-laju sangat. Adakah kerana diorang marah sebab terpaksa bertugas malam ? Allahyarham Ismaiyuddin Ismail,50 tahun menghembuskan nafas terakhir beliau selepas dilanggar oleh sebuah bas ekspres di CIQ Johor Bharu. So far I listened to, driver bas tu telah diikat jamin sebanyak RM10 ribu dan tunggu 24 April ini untuk sebutan semula kes. Al - Fatihah untuk arwah dan takziah kepada keluarga beliau. Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Panduan Menggunakan Twitter Untuk Golongan 'Buta Tweet'

Sekarang ni aku tengok dah semakin ramai yang kembali menggunakan twitter. Mungkin twitter sekarang lagi menarik ataupun diorang sengaja guna twitter untuk memboikot timeline facebook. Walaupun twitter ni lagi lama dari Facebook, tetapi masih ramai yang tak tahu banyak pasal tweet,tweet ni. This facts might be handy to newbies out there. Enjoice~


Browse more infographics.

Video "MY GENERASI" Yang Mengimbau Kembali Zaman Sekolah Rendah

Aku speechless tengok video ni.Aku hanya mampu tersenyum dan tergelak sorang especially the 'facebook' part. Miss my 90's moments ... Thanks Jim Lim for live up my sweetest memory back then.


Permainan Sport Stacking Untuk Kepantasan Tangan Anda.

Setiap hari, ada je permainan baru yang keluar dan semakin pelik jadinya. Sekarang ada sejenis permainan yang dinamakan Sport Stacking. Tapi permainan ini sudah agak lama tetapi biasalah, we all Meleis always ketinggalan.Back to the topic,dengan hanya berbekalkan beberapa gelas yang khas dan board khas,anda mampu untuk meningkatkan lagi tahap kelajuan tangan anda. Percayalah, selain untuk aktiviti fap,fap,fap , kecekapan tangan anda mampu membuatkan anda hensem muncul dikaca TV. Aku harap permainan boleh diupgrade dimasa hadapan kelak dengan menggantikan mangkuk tupperware. Aku tak jumpa video yang edukesyenel, tapi aku jumpa video untuk pemegang rekod game ini yang bernama Steven Purugganan.

Sunday, March 25, 2012

Goalkeeper Yang Gagal Menjaringkan 2 Penalti Dalam Satu Perlawanan.

Goalkeeper biasanya digunakan untuk menjaga gawang gol sahaja tetapi jika mempunyai kelebihan sampingan untuk menjaringkan gol,itu memang power. Goalkeeper veteran Brazil, Ceni yang merupakan pakar penalti dan tendangan percuma sementara goalkeeper legenda Manchester United, Schmeicel telah menjaringkan 11 gol sepanjang karier beliau. Bagi aku, itu adalah satu rekod yang baik untuk seorang penjaga gawang. Sementara itu di Liga Portugal,ada seorang penjaga golyang langsung takde bakat untuk menjaringkan gol walaupun diberi kepercayaan oleh jurulatihnya. Goleiro Bologna merupakan penjaga gol utama pasukan Union Santa diberi kepercayaan untuk menjaringkan 2 penalti semasa menentang Racing. Sepakan pertama Bologna diselamatkan oleh penjaga gol Racing manakala peluang keduanya disiakan dengan menendang bola kearah bulan. Diharap ini adalah pengajaran untuk jurulatih pasukan tersebut untuk memilih penyerang ataupun midfielder ataupun centreback untuk mengambil spotkick tersebut.

Saturday, March 24, 2012

Sekitar Penjara Termewah Didunia , Norway ( 13 Gambar )

Bila dengar pasal penjara mesti sesetengah Meleis akan memikirkan pasal warden yang bengis, penghuni penjara yang mengamalkan ilmu hitam didalam sel dan juga makanan yang tak sedap nak mampus. Mngkin penjara adalah salah satu tempat terakhir yang anda semua mahu pergi didunia ni tapi bila korang semua tengok Penjara Halden yang terletak di Halden,Norway. Dibuka secara rasmi pada 8 April 2010 , penjara ini boleh memuatkan 252 prisoners. Penjara yang direka sepenuhnya oleh Erik Moller Architects ini telah dilabel sebagai penjara yang termewah didunia oleh Times Magazine. Setiap sel dilengkapi dengan katil empuk , TV flat screen , peti ais , dan beberapa perabot yang ekslusif. Setiap sel ini juga tidak mempunyai penghadang pada tingkap kaca mereka yang agak besar. Norway adalah salah satu negara yang sudah memansuhkan hukuman mati dan hukuman penjara yang paling lama dipenjara ini adalah 21 tahun.Bagi aku, siapa yang nak melarikan diri jika sel sudah dilengkapi dengan kelengkapan yang seperti hotel. Don't you guys think ?

Fakta Disebalik Permainan "O-Som "

 Beberapa hari yang lepas , aku rasa ramai yang tengok gelagat Tony Kroos dan Frank Ribery yang '
O-Som' untuk menentukan siapa yang patut ambil freekick sambil diperhatikan oleh abang Robben selaku pengadil.



Sebenarnya, 'Rock Scissor Paper' ni bukan sekadar permainan yang hanya memerlukan tangan untuk bermain. tetapi ia juga memerlukan strategi. Check out this fact fellas.

Forever Alone Level Lil' Wayne



Chopper Gagasan 1Malaysia Hasil Nukilan Paul Sr & OCC

Aku baru tau yang Dato Seri 1Najib kita telah menempah sebuah chopper 'custom made' yang diberi nama chopper 1Malaysia. Bagi aku, tak terkejut sangat dengan nama tu sebab kalau boleh,taik pon nak letak nama dan logo 1Malaysia sekarang. Chopper ni telah dibina oleh geng OCC yang diketuai oleh Paul Sr. Ya, yang buat chopper ni adalah geng-geng American Chopper. Kalau Uncle Seekers Modenas yang buat aku tak heran sangat. Aku rasa chopper tu sedikit buruk. mungkin sebab ada replika KLCC atau colour yang _______ . Korang nilai lah sendiri tapi aku respect sebab Paul Sr sanggup nak buat chopper 1Malaysia ni.

Thursday, March 22, 2012

Parody " The One That Got Away " Versi Thai Yang LOL

 Hahaha. aku speechless dan tak berhenti ketawa sampai perut aku pun ada sixpacks sekarang. ending video ni aku suka!

Wednesday, March 21, 2012

Poster Awesome Karya Cristina Otero

nice theme chosen .... karya cristina otero.

Monday, March 19, 2012

Orang Yang Bertanggungjawab Atas Kesenangan Kita Sekarang



Kebodohan FAM Kelemahan Bolasepak Negara

Apakah benda yang selalu berlaku selain ustaz PAS bergaduh dengan ustaz UMNO di Malaysia ? Ya,jawapannya adalah kebodohan FAM yang terlampau. Baru-baru ni kecoh diseluruh media massa dan media cetak negara apabila Presiden KAFA iaitu, Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM ekoran daripada kejadian beliau mengkritik Jurulatih Kebangsaan, K Rajagopal dalam pemilihan pemain dalam menyarung jersi kebangsaan. Oleh itu, tindakan FAM sekali lagi membuktikan bahawa FAM adalah persatuan bolasepak yang paling bodoh didunia selepas Persatuan Sepakbola Indonesia.

"FAM ? What's that ? " - Encik Blatter
 Semua orang tahu bahawa pemilihan pemain dalam mewakili negara masing-masing dipilih berdasarkan prestasi semasa pemain tersebut tak kira tua atau muda.Puyol,Klose,Gerrard sudahpun tua tetapi masih lagi diberi peluang untuk mewakili negara masing-masing. FAM menyuruh pemain serta persatuan negeri bersikap profesional tetapi mereka sendiri langsung tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh AFC mahupun FIFA sendiri. Tengok lah sahaja apabila mereka meluluskan permohonan persatuan bolasepak Johor untuk memansuhkan semua kelab bolasepak yang ada tetapi menubuhkan pasuklan Johor B?!! Johor A dan Johor B ? Situasi ni seakan-akan kembali kezaman bersekolah balik apabila setiap sekolah mempunyai dua pasukan yang berlainan iaitu Bawah 15 dan juga Bawah 18.

Pasukan Johor B sedang giat berlatih dalammenghadapi saingan liga musim depan
 Kita sepatutnya memperbanyakkan kelab bolasepak,bukan mengurangkannya. Kita mempunyai bakat bolasepak yang ramai,tetapi akibat kebodohan FAM ,semua yang berbakat tersebut memilih untuk menjadi rempit dan gigolo yang berjaya.Bayangkan negara Uruguay hanya mempunyai populasi seramai 2juta orang sahaja tetapi sudah memenangi Piala Dunia sebanyak 2 kali dan prestasi yang memberangsangkan semasa di Afrika Selatan 2 tahun yang lalu. Takkan negara kita yang mempunyai populasi seramai 25juta hanya mempunyai 7 pemain berbakat ?

Walaupun penduduk seramai KL,tetapi mampu untuk beraksi di Piala Dunia.
  Perbanyakkan pasukan bolasepak dinegara ini agar semua orang boleh bermain bola dan meningkatkan bakat masing-masing. Kita memilih untuk melihat pembangunan bolasepak di Jepun daripada Barat tetapi kenapa kita tidak mengikut sistemnya yang sudah lebih 50tahun menggunakan kelab untuk bertanding dalam liga. Hanya negara kita yang membenarkan persatuan bolasepak negeri untuk bertanding dalam liga masing-masing. Untuk menubuhkan kelab bolasepak,tak perlu tajaan syarikat yang bernilai jutaan dollar,tak perlu stadium ala-ala Emirates . Bolasepak ialah permainan untuk orang yang tidak berada. Permainan untuk golongan orang yang tak mampu membeli kapal layar untuk permainan kapal layar,untuk golongan yang tak mampu membeli kuda untuk menyertai permainan polo.

   Kalau begini lah cara kita menguruskan sistem bolasepak kita, sampai cucu kita mati pun kita tak dapat untuk menyaksikan Malaysia beraksi di Piala Dunia. Jangan salahkan jutawan-jutawan Malaysia yang lagi memilih untuk manaja dan membeli pasukan-pasukan bolasepak luar negara kerana bolasepak kita memang dah tak boleh diselamatkan. Kebanyakan info ni aku dapat dari Lucius Maximus. Thanks bro, taught me well about this.

Friday, March 16, 2012

Charitable Charity - Pertubuhan Amal NGO Untuk Golongan Pemuda-Pemudi Meleis


Aku ambik sedikit kesempatan disini sebab ni adalah blog aku so aku punya suka lah nak post pasal benda apa sekalipun. Dan post aku ni takde kaitan langsung dengan kebodohan Zed Zaidi tahap Uncle Seekers mahupun sifat antirempit aku yang semakin menebal. Aku dan sorang daripada member aku yang hanya mahu dikenali sebagai Brader A telah menubuhkan satu group amal yang bertujuan untuk menolong mereka-mereka yang yang kurang upaya. Kami tidak mempunyai wang emas seperti pasangan Gates ataupun Kassim Baba, oleh itu charity group kami ini bermula dari bawah dan boleh dikatakan dari takde pape langsung.

  Kami berfikir pendek seperti ni sebab hati samseng kami sudah dilembut dengan beberapa situasi yang melanda warga Meleis kita lebih-lebih lagi yang dianggap 'kasta rendah'. Aku bukan untuk bersikap 'Antara 2 Darjat' tetapi kebenarannya begitu lah. Amat jarang disini yang sudi menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan apa-apa . Aku dan Brader A ni dah buat sedikit research untuk mengetahui akan hal ini. Memang ada program bagus yang macam disiarkan oleh TV3 itu, tetapi jikalau diletak dalam skala 10,mungkin yang menerima bantuan itu hanya 2 atau 3 keluarga sahaja. Tambahan pula, TV3 itu terlalu pro-kerajaan dan hanya akan mencari keluarga miskin yang kebanyakkannya di negeri-negeri pembangkang sahaja.

  Kami juga mendapati terdapat ramai homeless yang memang hanya berfikir ' Adakah aku mampu hidup untuk esok hari ?'. Most of them adalah warganegara ni sendiri. Mungkin kita tak dapat buat rumah untuk diorang tapi mungkin kita dapat tolong sedikit sebanyak agar mereka dapat hidup sama seperti kita. Malaysia ni merupakan salah satu negara kapitalist dan bila 2 pihak orang kaya bertelagah,maka orang miskin dan tak terdaya lah yang terhimpit ditengah.

  Oleh itu dengan berbekalkan kudrat yang ada,semangat yang ciput,dan sumber kewangan yang macam chipsmore, aku dan brader A telah menubuhkan satu persatuan kerja amal bukan badan kerajaan yang diberi nama Charitable Charity. Ya,mungkin nama agak bodoh tetapi aku takde masa yang lama untuk pikir nama yang masyuk seperti Al Jabbar. So,bila ada idea,aku tukarlah nama tu. So, charity group ni bergerak gini,mana-mana warganegara/bukan warganegara yang ingin menjadi volunteer(tak paksa) untuk group ni, korang boleh inbox kami di Charitable Charity dan akan menerima kit aksi CC yang mengandungi T-Shirt CC,stickers dan juga ID persatuan. ( tiada poster kerana ni bukan KONY 2012 ). Terbuka kepada semua jenis bangsa,agama,fahaman politik dan peminat kelab bolasepak . Setiap ahli dikategorikan mengikut negeri masing-masing agar senang untuk menguruskan kerja memandangkan korang pun ada kerja yang lagi penting untuk diselesaikan. Mana-mana badan NGO yang ingin memberikan dana juga dialu-alukan.

  "We unite against the poverty and taking care of Malaysian's poverty. We may have differences in races,religions or political issues but we are sharing the same humanities sense. Every human deserve to livin' well and we could help them with that . Together we make this world is a better place to live." 
- Brader B.



Untuk pengikut Mark Zuckenberg , klik Sini.
Untuk yang suka men'follow' , klik Sini.

Terima kasih kerana sudi membazirkan masa kamu bersama kami.

Friday, March 9, 2012

Who Need Manuals..LOL

Who give a shit about manuals.. we are too clever to use that right? LOL


Sumber asal 9GAG

Wednesday, March 7, 2012

Iklan Razorblade Schick Yang Serius LOL!

Mungkin mat rempit patut mencuba razorblade Schick ni untuk memenangi setiap perlumbaan haram yang diorang sertai. Mohon Schick jadi main sponsor untuk F1, Moto GP, F1 Boat dan juga segala tournament yang berbentuk kelajuan. LOL!

Apa Yang Patut Dipakai Semasa Ke Gedung Beli Belah

Very educational~~~

Bila Hero Sembilu Bersuara Kencang


 Naib Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi yang feymes dengan drama Sembilu Rindu arahan Yusoff Haslam dulu cuba untuk berlagak Sivaji The Boss. Sipolan ini menggesa kerajaan Malaysia pimpinan Dato Seri 1Najib untuk meluluskan satu rang undang-undang yang meluluskan golongan artis-artis di Malaysia untuk menggelapkan cermin kereta diorang. Ya,anda semua tidak silap dengar...hanya artis sahaja!

  Sumber belum mengesahkan lagi sebarang sebab yang boleh diterima akal tapi kita mungkin sendiri boleh tahu apa sebabnya. Mungkin sebagai langkah keselamatan agar semua peminat-peminat takkan dapat melihat mereka dan tidak akan menyerbu mereka. Kimak apa? Artis Malaysia je kot..berapa ramai je peminat yang korang ada ? Ko nak expect yang peminat-peminat kau sama macam peminat-peminat John Lennon dan Kurt Cobain ke? Berlakon drama cintan-cintan kat TV2je pun, terus nak berlagak. Dapat tawaran berlakon filem pun 6 tahun sekali , tu pun filem tak pernah nak Box Office. Pencapaian pun serlang serkup je, pastu nak protection macam yang Barack Obama dapat dah. Puihh!!

 Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Sudirman dulu pun rileks je naik teksi kesana kemari. Tak pernah nak suarakan suruh tinted cermin teksi tu sekali. Berpijak pada bumi nyata lah... bukan Zed Zaidi je bangang,ramai lagi selebriti Malaysia yang suka menunjukkan kebodohan di khalayak ramai. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...