Friday, March 16, 2012

Charitable Charity - Pertubuhan Amal NGO Untuk Golongan Pemuda-Pemudi Meleis


Aku ambik sedikit kesempatan disini sebab ni adalah blog aku so aku punya suka lah nak post pasal benda apa sekalipun. Dan post aku ni takde kaitan langsung dengan kebodohan Zed Zaidi tahap Uncle Seekers mahupun sifat antirempit aku yang semakin menebal. Aku dan sorang daripada member aku yang hanya mahu dikenali sebagai Brader A telah menubuhkan satu group amal yang bertujuan untuk menolong mereka-mereka yang yang kurang upaya. Kami tidak mempunyai wang emas seperti pasangan Gates ataupun Kassim Baba, oleh itu charity group kami ini bermula dari bawah dan boleh dikatakan dari takde pape langsung.

  Kami berfikir pendek seperti ni sebab hati samseng kami sudah dilembut dengan beberapa situasi yang melanda warga Meleis kita lebih-lebih lagi yang dianggap 'kasta rendah'. Aku bukan untuk bersikap 'Antara 2 Darjat' tetapi kebenarannya begitu lah. Amat jarang disini yang sudi menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan apa-apa . Aku dan Brader A ni dah buat sedikit research untuk mengetahui akan hal ini. Memang ada program bagus yang macam disiarkan oleh TV3 itu, tetapi jikalau diletak dalam skala 10,mungkin yang menerima bantuan itu hanya 2 atau 3 keluarga sahaja. Tambahan pula, TV3 itu terlalu pro-kerajaan dan hanya akan mencari keluarga miskin yang kebanyakkannya di negeri-negeri pembangkang sahaja.

  Kami juga mendapati terdapat ramai homeless yang memang hanya berfikir ' Adakah aku mampu hidup untuk esok hari ?'. Most of them adalah warganegara ni sendiri. Mungkin kita tak dapat buat rumah untuk diorang tapi mungkin kita dapat tolong sedikit sebanyak agar mereka dapat hidup sama seperti kita. Malaysia ni merupakan salah satu negara kapitalist dan bila 2 pihak orang kaya bertelagah,maka orang miskin dan tak terdaya lah yang terhimpit ditengah.

  Oleh itu dengan berbekalkan kudrat yang ada,semangat yang ciput,dan sumber kewangan yang macam chipsmore, aku dan brader A telah menubuhkan satu persatuan kerja amal bukan badan kerajaan yang diberi nama Charitable Charity. Ya,mungkin nama agak bodoh tetapi aku takde masa yang lama untuk pikir nama yang masyuk seperti Al Jabbar. So,bila ada idea,aku tukarlah nama tu. So, charity group ni bergerak gini,mana-mana warganegara/bukan warganegara yang ingin menjadi volunteer(tak paksa) untuk group ni, korang boleh inbox kami di Charitable Charity dan akan menerima kit aksi CC yang mengandungi T-Shirt CC,stickers dan juga ID persatuan. ( tiada poster kerana ni bukan KONY 2012 ). Terbuka kepada semua jenis bangsa,agama,fahaman politik dan peminat kelab bolasepak . Setiap ahli dikategorikan mengikut negeri masing-masing agar senang untuk menguruskan kerja memandangkan korang pun ada kerja yang lagi penting untuk diselesaikan. Mana-mana badan NGO yang ingin memberikan dana juga dialu-alukan.

  "We unite against the poverty and taking care of Malaysian's poverty. We may have differences in races,religions or political issues but we are sharing the same humanities sense. Every human deserve to livin' well and we could help them with that . Together we make this world is a better place to live." 
- Brader B.



Untuk pengikut Mark Zuckenberg , klik Sini.
Untuk yang suka men'follow' , klik Sini.

Terima kasih kerana sudi membazirkan masa kamu bersama kami.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...