Apakah benda yang selalu berlaku selain ustaz PAS bergaduh dengan ustaz UMNO di Malaysia ? Ya,jawapannya adalah kebodohan FAM yang terlampau. Baru-baru ni kecoh diseluruh media massa dan media cetak negara apabila Presiden KAFA iaitu, Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM ekoran daripada kejadian beliau mengkritik Jurulatih Kebangsaan, K Rajagopal dalam pemilihan pemain dalam menyarung jersi kebangsaan. Oleh itu, tindakan FAM sekali lagi membuktikan bahawa FAM adalah persatuan bolasepak yang paling bodoh didunia selepas Persatuan Sepakbola Indonesia.
 |
"FAM ? What's that ? " - Encik Blatter |
Semua orang tahu bahawa pemilihan pemain dalam mewakili negara masing-masing dipilih berdasarkan prestasi semasa pemain tersebut tak kira tua atau muda.Puyol,Klose,Gerrard sudahpun tua tetapi masih lagi diberi peluang untuk mewakili negara masing-masing. FAM menyuruh pemain serta persatuan negeri bersikap profesional tetapi mereka sendiri langsung tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh AFC mahupun FIFA sendiri. Tengok lah sahaja apabila mereka meluluskan permohonan persatuan bolasepak Johor untuk memansuhkan semua kelab bolasepak yang ada tetapi menubuhkan pasuklan Johor B?!! Johor A dan Johor B ? Situasi ni seakan-akan kembali kezaman bersekolah balik apabila setiap sekolah mempunyai dua pasukan yang berlainan iaitu Bawah 15 dan juga Bawah 18.
 |
Pasukan Johor B sedang giat berlatih dalammenghadapi saingan liga musim depan |
Kita sepatutnya memperbanyakkan kelab bolasepak,bukan mengurangkannya. Kita mempunyai bakat bolasepak yang ramai,tetapi akibat kebodohan FAM ,semua yang berbakat tersebut memilih untuk menjadi rempit dan gigolo yang berjaya.Bayangkan negara Uruguay hanya mempunyai populasi seramai 2juta orang sahaja tetapi sudah memenangi Piala Dunia sebanyak 2 kali dan prestasi yang memberangsangkan semasa di Afrika Selatan 2 tahun yang lalu. Takkan negara kita yang mempunyai populasi seramai 25juta hanya mempunyai 7 pemain berbakat ?
 |
Walaupun penduduk seramai KL,tetapi mampu untuk beraksi di Piala Dunia. |
Perbanyakkan pasukan bolasepak dinegara ini agar semua orang boleh bermain bola dan meningkatkan bakat masing-masing. Kita memilih untuk melihat pembangunan bolasepak di Jepun daripada Barat tetapi kenapa kita tidak mengikut sistemnya yang sudah lebih 50tahun menggunakan kelab untuk bertanding dalam liga. Hanya negara kita yang membenarkan persatuan bolasepak negeri untuk bertanding dalam liga masing-masing. Untuk menubuhkan kelab bolasepak,tak perlu tajaan syarikat yang bernilai jutaan dollar,tak perlu stadium ala-ala Emirates . Bolasepak ialah permainan untuk orang yang tidak berada. Permainan untuk golongan orang yang tak mampu membeli kapal layar untuk permainan kapal layar,untuk golongan yang tak mampu membeli kuda untuk menyertai permainan polo.
Kalau begini lah cara kita menguruskan sistem bolasepak kita, sampai cucu kita mati pun kita tak dapat untuk menyaksikan Malaysia beraksi di Piala Dunia. Jangan salahkan jutawan-jutawan Malaysia yang lagi memilih untuk manaja dan membeli pasukan-pasukan bolasepak luar negara kerana bolasepak kita memang dah tak boleh diselamatkan. Kebanyakan info ni aku dapat dari
Lucius Maximus. Thanks bro, taught me well about this.
No comments:
Post a Comment