Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu Bukti Filem Meleis di Takuk Lama

 Sekarang ni heboh diperkatakan pasal filem Meleis yang baru sahaja ditayangkan di panggung-panggung wayang sekitar tanah air iaitu Ombak Rindu. Filem adaptasi novel karya Fauziah Ashari ni mengisahkan kepercayaan kolot masyarakat kampung Meleis yang percaya seorang awek cun bawak sial. Seterusnya dijual kepada tauke kelab malam untuk dijadikan GRO mahupun pelayan nafsu kaum adam. Dibebaskan oleh watak hero dengan membayar dengan wang ringgit seterusnya berkahwin dan diancam dengan kehadiran orang ketiga iaitu seorang lagi awek cun yang membawa watak sebagai model dan aktress terkemuka.

Kemungkinan ini babak klimaks didalam filemOmbak Rindu.

  Kalau ada antara kamu semua yang pikir aku hanya google sinopsis sebab hati langsung tak tergerak untuk menghabiskan wang kertas berjumlah RM10 aku,kamu adalah BENAR! Ya! aku memang tak tergerak sedikit hatipun untuk menonton filem tersebut. Walaupun aku tak tengok,aku tau bahawa watak gadis malang yang jadi GRO tu semestinya Maya Karin dan hero yang kaya nak mampus tu semestinya Aaron Aziz. Aku bukan sahaja tak suka filem Ombak Rindu ni tetapi most of local movies yang mana tahap kepuasan langsung tak pernah sampai klimaks. Ibarat seorang isteri tidak dapat kepuasan yang diinginkan di malam pertama.

  Seperti sinopsis diatas,filem ni tak lari dari plot dan setting yang sama dengan filem-filem Meleis yang lain. Dengan mempunyai latar belakang korporat dan individu yang kaya tahap klimaks,babak-babak cintan tahap leleh dan juga budaya bomoh-santau dikalangan orang melayu. Cakap sahaja filem apa di Malaysia ni,aku berapa jamin 85% sama macam yang aku cakap tadi. Pengarah-pengarah filem Meleis sememangnya ketandusan idea.Lihat sahaja karya-karya mereka,mesti sahaja berkaitan dengan 3 perkara asas movie Meleis tu.

  Apa guna memaparkan cerita mengenai alam-alam korporat sedangkan realitinya banyak lagi warga Meleis yang hidup melarat? Apa guna menunjukkan babak-babak jiwang kepada kekasih sehingga kita lupa akan kasih kepada ibubapa kita? dan apa guna menyelitkan unsur-unsur tahyul dalam setiap movie untuk menyesatkan lagi kaum Meleis ni. Mantan PM kita yang agung iaitu Tun Dr.M pernah menasihati agar cerita-cerita hantu dikurangkan agar mengelakkan Meleis terjebak dengan unsur syirik itu. Tapi pengarah-pengarah Meleis yang lain dengan bodohnya tampil dengan mengatakan bahawa unsur-unsur seperti itu tidak perlu dibimbang kerana ia hanya akan dipertontonkan kepada golongan dewasa sahaja. Bodoh!! habes yang dok main santau sana,santau sini,pergi jumpa bomoh siam,bomoh nepal tu budak-budak ke? semestinya orang dewasa. Tak payah nak compare la dengan golongan dewasa di wilayah barat kerana hanya 25% sahaja dari diorang yang percaya dengan unsur spiritual.Golongan dewasa Meleis ni mudah terpengaruh.Cakap lah bahawa Naga Tasik Chini itu betul-betul wujud.mereka akan percaya walaupun anda shanya sekadar bergurau.

Mungkin ini juga sebab kenapa Tun Dr M risau dengan lambakan cerita berunsurkan  hantu dan bomoh

 Memang kita perlu percaya akan adanya alam ghaib tetapi kalau berlebihan mungkin akan membawa syirik.Kalau aku nak cakap pasal movie Meleis ni,memang tak habisnya walaupun aku taip ulasan setebal Kamus Dewan. Honestly aku cakap,dalam Malaysia ni hanya ada 2 orang producer filem yang berbakat. Sorang betul-betul berbakat,dan sorang lagi akan menjadi berbakat.Kalau korang pikir meraka adalah Razak Mohaideen dan Rashid Sibir,anda SALAH sama sekali. mereka ialah Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan juga  Syamsul Yusoff,iaitu anak kepada bapak 'Gerak Khas'. Lihat sahaja filem-filem yang mereka hasilkan,mempunyai maksud yang tersendiri dan tidak berlandaskan kepada korporat,wang dan bomoh semata-mata. Aku memang tak sukakan Syamsul Yusoff kerana dia pernah ambik Diana Danielle dari tangan aku ( #TrueStory),tapi tengok sahaja filem KL Gangster yang beliau hasilkan. Walaupun jalan cerita agak bodoh,tetapi dia berani keluar dari kepompong file Meleis yang majoritinya cerita hantu dan juga mat rempit.Bukan seperti bapaknya yang selalu menghabiskan duit dengan menghasilkan drama berbentuk pasukan polisi dan movie 100% jiwang takat leleh.

  Untuk sambungan leteran dan kritikan aku ni,akan bersambung di Part II sebab maybe post ni dahpanjang sangat dan aku mengantuk.

Malik : Aku dengar citer Ombak Rindu best...ramai dok post kat FB,
Fadhil : Huh????  Cerita apa tu?  yang Dr Rozmey buat ke????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...