Thursday, December 15, 2011

Susulan Minah Materialistik Nak Mampus di Konti Radio.

Baru ni heboh dalam FB pasal satu video klip yang dipinjam dari Xfresh FM mengenai seorang minah yang mata duitan nak mampus yang kononnya bernama 'Cheryl' sebab sanggup meninggalkan tunangnya yang mempunyai pekerjaan kelas D iaitu menjual burger untuk seorang lelaki yang dikatakan kaya-raya. Sebenarnya ada banyak pengajaran dalam video tu ,sama ada untuk kaum adam yang dizalimi atau kaum hawa yang 'gila besi'.

1. Sebenarnya peniaga burger tu boleh dikatakan bertuah sebab putus tunang dengan pompuan yang mata duitan tu. Cuba bayangkan kalau diorang dah kahwin,dan ada anak..tiba-tiba mintak tebus talak untuk bersama dengan laki lain.Bukan ke itu lagi menyakitkan dan menyusahkan lagi ramai pihak. Perempuan macam tu memang jarang dan takkan berubah walaupun dah kahwin.

2.Minah tu sebenarnya dah tunjuk identiti sebenar beliau. Bakal laki dia tu boleh dikategorikan dayus tahap ultra lah kalau sanggup lagi berkahwin lepas dengar apa yang dia cakap kat radio. The truth is,dia tak cintakan pun bakal laki dia ni jugak.Semata-mata sebab ada duit dan kereta.Aku tak tahu lah camne kalau dia jumpa yang lagi kaya dari bakal suami dia tu,maybe benda sama akan berulang kot cuma watak hero je yang lain.

3.Dari cerita mamat si penjual burger tu,kita dah tahu yang dia sudah sedia nak improve kan business dia. Tengok lah dari jual burger tepi jalan sampai lah dapat beli lori.Tak kisah lah lori 2nd-hand,asalkan dia ada visi dan tak join Skor A mahupun MLM yang lain. Aku nasihatkan dia jual burger atas lori tu dan namakan Gerai Burger Bergerak 1Malaysia . Dengan ada nya perkataan 1Malaysia tu,maybe dia boleh dapat sedikit suntikan dana daripada pihak AMENO dan disiarkan dalam Buletin Utama.

4.Minah tu maybe betul sebab berkata dengan gediknya " hellooo~sekarang ni semua pakai duit ok", tapi apa guna hidup dengan duit yang banyak tapi takde nilai kemanusiaan .Aspek agama tak payah cakap la kalau kemanusiaan pun takde,agama mana yang mengaku umat? ( Yahudi boleh la kot...). Aku boleh katakan semua orang yang kaya dalam dunia ni dan kekal kaya mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi walaupun berlainan agama. Tengok sahaja Bill Gates,Richard Branson,dan pemilik yayasan Al-Bukhari di Malaysia.Even godfather of Playboy pun ada sifat kemanusiaan walaupun hidup selalu bergelumang dengan dosa,aweks dan juga Viagra.

Aku bukan nak jadi jahat mahupun nak demolish rumahtangga orang tapi sedikit pesanan untuk bakal laki minah ni,better tak payah lah..cari lah pompuan lain yang hati budi lagi tinggi .Ramai lagi..Nora Danish pun tengah single&hot lagi tu walaupun janda.Papepun,aku puji kepada brader penjual burger tu kerana tabah dan tidak mengambil jalan singkat dengan menyertai Skor A atau mana-mana taik MLM. Sebenarnya ada beza kesungguhan dengan kebodohan tu...percayalah~

Sebenarnya peristiwa camni mengingatkan aku kepada seorang mata duitan yang Legend iaitu Anna Nicole Smith. Lihat sahaja gambar dia bersama suaminya dibawah,korang dah tahu apa nak cakap. However,Anna telah pun meninggal dunia pada tahun 2007.Aku tak tahu lah punca nya tapi ada orang cakap sebab overdose,ada pulak orang cakap kena bunuh sebab sifat mata duitannya. Aku bukan lah nak mintah minah Cheryl tu kena bunuh tapi aku rasa dunia kita lagi elok tanpa orang macam dia.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...