Friday, December 2, 2011

Pasukan BolaSepak Paling Kepala Bana di Dunia

Sori sebab aku lewat post pasal benda ni sebab busy setel keja yang diamanahkan dan pergi menghabiskan duit ke hulu dan hilir. Aku dah fedup dengan timnas sepakbola Malaysia,tak kira lah Harimau Malaya ke,Harimau muda ke,harimau gigolo ke..yang terbukti diorang memang betul kepala bana sekarang. Yang geng-geng Ultras dok cakap "weh,diorang penat kot..baru lepas main sukan sea" .Kalau selalu duk kasi alasan gitu,sampai bila kita nak tengok pasukan bolasepak Malaysia main kat olimpik. World Cup tak payah cakap la...impian untuk pasukan Malaysia bermain di World Cup ibarat menunggu untuk menyaksikan unicorn minum teh.deffuq?!!!

Sapa yang letih main kat SEA games? Fakri? Thamil ? Diaorang tu langsung tak guna energy semasa SEA games. nak letih menatang apa..lainlah kalau Apek Teck tu.setiap game tak miss.tapi yang menyebabkan kita kalah dengan negara bah dulu,baru hujan ( BahRain ) tu bukan salah Apek Teck mahupun Dahlia Teck . Bahrain dah main 10 orang dah and Malaysia leading dengan 2 gol. Diorang kena sent off tu sepatutnya kasi la advantage kat opponent. Aku tak tahulah sama ada pasukan Malaysia ni memang tak pernah lawan team yang bermain dengan 10 orang atau team Bahrain tu memang power dengan 10 orang berbanding dengan 11 diatas padang...

OKS sendiri tak tahu nak cakap apa dan cakap "biarlah semua player balik ke keluarga masing-masing and spend time with family." Betul gak apa dia cakap tu,lebih-lagi kepada adik Thamil dan Fakri Saarani. Baik balik ke keluarga masing-masing dan berhenti terus dari main bola.Baik main bola dalam seluar je. Sudah banyak kali ditegur oleh abang Pipiyapong dan Sokernet mahupun aku sendiri,diorang berdua patut bersara awal dan register masuk politeknik atau UiTM memandang usia masih lagi muda terang-tang tang. Dia bukan sebab tak dapat sentuhan kembali ke apa,quotes tu hanya untuk player power macam abang Cristiano atau Paksu Messi. Diorang memang bangang konsisten!!

 Satu lagi, tak boleh jugak nak salahkan pasukan Harimau Muda 200%. Kena tengok parents jugak ...FAM!! Kalau dah tau letih dan SEA games dengan Olimpikc qualification dekat-dekat ,better sediakan 2 team. ni semua nak tibai. They told others to be professional but themselves are the greatest failure. Takde ke orang nak buat petisyen untuk tukar Presiden FAM tu. Balik-balik aku tengok sultan bola tu je . Uncle Shebby dah pesan,sediakan 2 team untuk 2 tournament berbeza. Still dok bangga dengan gold medal SEA games? Bangga sebab dapat kalahkan Indon je..Aku tak tahu apa lah kelebihan dapat pingat emas SEA games tu.bukan boleh naik rangking pun,,,lagi turun ada lah.

 Apek Teck yang selalu kena serbu dengan tahi-tahi gosip pon maintain je performance walau betul-betul letih. By the way,gossipfags tu..dah lah dok kacau Apek.dia pun ada life dan suka hati dia lah nak kapel dengan sapa-sapa pun.Pergi buat tahi dengan selebriti dah lah. Nak menegakkan amar makruf nahi mungkar bukan dengan membuka aib orang.Shame on you!!







Abang reporter : Fakri,kenapa anda memilih untuk bermain bolasepak?
Fakri : Errrrrrrrr....bolasepak ke ni? saya ingatkan bola baling....damn!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...