Apek sudah keluarkan kenyataan tak rasmi baru-baru ni dengan mengatakan yang maybe dia akan bersara awal dari skuad kebangsaan dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada skuad negeri iaitu Kelantan FA. Aku yakin,kalau benda ini terjadi sekali lagi,Malaysia akan kembali menjadi pasukan belasahan walaupun mempunyai striker berbisa seperti Safee Sali atau Fakri Saarani mendapat kembali sentuhan emas yang kononnya hilang. Malaysia juga bukan sahaja kempunan Olimpik dan World Cup,malah akan juga kehilangan piala AFF dan juga gold medal SEA games.
Dengan ketiadaan Apek,keeper yang menjadi pilihan King Gopal semestinya Sharbinee "slimmy-hand" Allawi. Anda semua sendiri tahu prestasi beliau. Flashback balik kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura ( 1st leg ),Sharbinee lebih banyak menjadi penonton dari menjadi seorang penjaga gol.Gol-gol freekick dan mudah hanya dibiarkan dan tawakal bahawa bola itu akan mengenai tiang dan palang gol sahaja. Ini amat memalukan untuk semua Meleis untuk memiliki Sharbinee sebagai keeper #1 negara. Daripada meletakkan beliau,lebih baik letakkan kalkulator saintifik sahaja menggantikan beliau.Langsung tiada perbezaan kerana walau menggunakan beliau,bola begitu mudah melepasi garisan gol.
Dengan apa yang bakal terjadi nanti,yang ruginaya bukan Apek kerana melepaskan peluang untuk menyarung jersi kebangsaan tetapi sebaliknya.Timnas internasional Meleis akan kerugian kerana kehilangan seorang penjaga gol yang dilabel sebagai Penjaga Gol terbaik Asia Tenggara. Jangan salahkan beliau dan menuduh beliau pengkhianat sekiranya Apek menukar nationality dan menjadi GK utama Singapore. Aku lagi sokong dengan tindakan dia.Biar padan muka Meleis-meleis yang selalu suka buka aib orang.
Perkara seperti bersara awal ini juga seharusnya berlaku kepada adik Fakri Saarani atau Thamil Arasu. Mereka yang seharusnya yang bersara awal dan cuba untuk menjadi doktor atau engineer.
![]() |
Penjaga gol Malaysia ( 2009-2011 ) |
No comments:
Post a Comment