Monday, November 7, 2011

Meleis Bola- Antara FAM,RM50 dan ......

Hari tu, heboh negara kita dengan sikap bengong FAM yang mengambil tindakan yang mungkin membunuh ribuan penyokong bolasepak negara dengan menaikkan harga tiket Final Piala Malaysia 2011 yang sepatutnya RM30 sahaja tetapi telah dinaikkan kepada RM50 . Kenyataan ini dimaklumkan sendiri oleh Naib Presiden FAM iaitu Datuk Ha"Midin" Amin . Peminat-peminat dari kedua belah pasukan yang bertanding di final tersebut iaitu Penyokong Jang dan penyokong Peteh mengambil inisiatif lain untuk menunjukkan siapa bos yang sebenar kepada Midin dengan ingin memboikot perlawanan tersebut. Tetapi langkah tersebut langsung tidak memberi kesan kepada Midin walaupun sedikit calar dihatinya dengan mengekalkan harga tiket tersebut.
"Tengok sahaja mukanya yang sentiasa dalam keadaan Stim" -  Senator Jalaluddin Hassan
Midin bukan sahaja menaikkan rasa amarah kedua-dua belah penyokong Jang dan Peteh tetapi alasan yang beliau kemukan amat menggelikan hati . Antara alasannya ialah....

1."Errrrr...kenapa beli tiket final RM50 pun berkira,beli tiket friendly Chelsea,Arsenal,Liverpool sampai RM200 takpe plak..errr"
2."Errrrr...ini juga untuk penyelenggaraan Stadium Shah Alam agar Venue tersebut sesuai untuk final nanti..errrr"
3." Errrr.....dan lain-lain."

Tengok sahaja pada jawapan yang beliau kasi. Amat menggelikan hati seluruh Meleis tak kita lapisan generasi dan kaum. Nak bandingkan harga tiket final Piala Malaysia dengan Friendly-friendly kelab EPL . Mereka datang bukan tiap-tiap tahun dan perlawan yang mereka sajikan amat membuat penyokong masing-masing teruja even mereka hanya main kat friendly tersebut seakan-akan main sepak raga. Hanya Chelsea sahaja yang berhempas-pulas memberikan tentangan kepada pasukan Pilihan Malaysia yang diketuai oleh saudara Encik Subramaniam,pemain bek Kelantan FA.

Berkenaan dengan padang pulak,anda semua tahu macam mana kualiti padang tersebut semasa perlawanan final tempoh hari yang menyaksikan Hai-O sekali lagi menjadi MOTM. 
Yeah!! Hai-O power!
Kualiti Padang tersebut langsung tidak sesuai dengan level yang dipertandingkan. Padang untuk ternakan lembu aku rasa sedikit elok lagi lah dari padang tersebut . Tindakan ini bukan sahaja memalukan pihak FAM tetapi pihak FAS dan peminat-peminatnya sekalian.

Padang ternakan lembu Victoria yang lagi Kewl~
Yang lagi membangangkan keadaan , kenyataan Datuk Hamidin "RM50" Amin tersebut disokong oleh downline beliau iaitu tidak lain dan tidak bukan S/U FAM sendiri , YBhg Lt Jen (B) Dato' Azzuddin Ahmad' yang mana sudah sedia maklum dikenali sebagai Pembunuh Bolasepak Malaysia.

"Nak kaya,ikutilah upline saya iaitu Midin" - Azzudin Ahmad
Kalau nak dihikayatkan,memang tak pernah cukup pasal isu FAM ini.Merka menyuruh semua player dan persatuan-persatuan Bolasepak negeri untuk bersikap profesional tetapi mereka sendiri tidak memliki kreadibiliti tersebut. Hal ini terpaksa dibincangkan dan diserahkan kepada Presidan kita iaitu Sultan Bola.

"Korang ada pape masalah dengan jawatan dan pengurusan Beta ke?"- Sultan Bola,King of Pahang




 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...