Monday, November 7, 2011

Meleis Bola - The Special One Meleis?

Setelah 2 tahun bersama skuad Peteh , Coach Irfan Bakti mengambil langkah untuk tidak menyambung kontrak dan 'blah' dari kawasan pembiakan penyu di Pantai Timur. Pada tahun 2011 ni,Beliau sudah membawa skuad Peteh ke 2 final iaitu final Piala FA yang menumpaskan geng Happy Warriors untuk menjadi joghe dan final Piala Malaysia yang menyaksikan goalkeeper Peteh,Sharbinee 'Slimy hand' Allawi menjadi Man Of The Match untuk penyokong Jang. Irfan Bakti juga mengemudi Terengganu menjadi naib johan Liga Super 2011 dibelakang Kelantan. Selepas klimaks yang beliau ejakulasi bersama skuad Peteh,beliau mengambil langkah untuk meninggalkan Joseph Kalang Tie and the geng lalu menyertai Skuad Gergasi Merah yang sekarang ini menuju ke zaman monopause nya. Persatuan BolaSepak Terengganu menafikan yang penggunduran Irfan Bakti ada kaitan dengan sikap Kerajaan Negeri yang tidak memberi insentif kepada skuad Peteh. Mungkin Irfan Bakti ingin meniru skill dan kreadibiliti Jose Mourinho yang ingin menjulang trofi dengan kelab-kelab yang berbeda. Anyway, semoga anda berjaya di Selangor dan berharap dapat menukar keadaan padang di Stadium Shah Alam yang kelihatan seperti Padang di Chernobyl. Gambatte!!

"Sebenarnya Malaysia juga memerlukan The Special One dan  saya merasakan orang tersebut adalah  saya"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...