Thursday, October 11, 2012

Apabila Angkasawan Negara Ingin Menjadi Bintang Filem Sendiri

Tatkala orang tengah bising pasal Felix Baumgartner yang bakal melakukan skydive dipinggiran angkasa , Angkasawan Negara iaitu Dato Dr Sheikh Muzzafar mempunyai niat tersendiri. Khabar angin kuat mengatakan bahawa beliau ingin menjadi bintang filem dengan melakonkan watak sendiri didalam filem pengembaraan angkasanya. Well, I think this is some joke. Seingat aku Yuri Gagarin yang pernah menjadi orang pertama mengelilingi orbit Bumi pun tak pernah terfikir nak melanjutkan karier dalam bidang perfileman. Begitu  juga dengan manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan, Neil Armstrong. Beliau mati sebagai 100% angkasawan dan bukannya angkasawan+bintang filem.

Yuri Gagarin - Tak pernah terfikir walaupun untuk berlakon dalam iklan
KLIK UNTUK BERITA PENUH
  Malah Buzz Aldrin pun tak terfikir untuk menjadi bintang filem. Aku yakin tak ramai meleis-meleis yang kenal akan individu bernama Buzz itu. Aku ada dengar berita bahawa tujuan Dr Sheikh Muzzafar ke ISS beberapa tahun yang lepas adalah tujuan eksperimen yang mana melibatkan anti-graviti. Tapi sampai sekarang pun tiada hasil eksperimen yang diketahui . Yang aku perasannya, dia berada di ISS adalah untuk menguji bahawa Baju Batik sesuai dipakai atau tidak diangkasa lepas. Dunia sekarang ini memerlukan keputusan kerana benda itu sahaja yang boleh mengukur tahap pencapaian anda. Kita boleh ambik Arsenal dan Liverpool sebagai contoh terdekat. Main cantik tapi tak menang piala, tetap kekal dengan gelaran bangang. Chelsea yang main teruk gila tetapi dapat 2 trofi utama musim lepas, dikira pencapaian hebat.

Tiada trofi untuk diperagakan. Hanya beg , botol air dan bola sahaja.
  Aku tertanya-tanya kemanakah hala tuju masa depan aero-angkasa kita dimasa hadapan kelak. Kita menghabiskan jutaan dollar US untuk menghantar seorang individu hanya ke ISS yang mana beribu tahun jauhnya lagi dari bulan. Seharusnya dengan kejayaan Dr Sheikh Muzzafar ini, ia akan menjadi landmark untuk aero-angkasa Malaysia mengorak langkah ke tahap seterusnya. Kalau Sheik Muzzafar dihantar ke ISS untuk memakai baju batik, mungkin kita boleh mempertimbangkan untuk menghantar Mejar Faiz ke bulan untuk mempamer baju melayu tekak musang pula. Kesian pulak aku tengok dengan Mejar Faiz tu, dah takde apa-apa untuk dibuat dah. Masuk Masterchef pun, minggu pertama dah kena singkir.

"Warna kegemaran saya ialah purple muda " - Masterchef Faiz
   Sementara itu, daripada Dato Angkasawan Negara mempertimbangkan untuk menjadi bintang filem, baik Dato memikirkan lagi macam mana untuk memajukan tahap areospace negara kita. Saya berasa sudah cukup Dato mengadakan lawatan sambil belajar ke semua MRSM di Malaysia.

  Sementara itu mari kita menyaksikan trailer RedBull Stratos yang mana terpaksa ditangguhkan kelmarin akibat angin kuat di Roswell,New Mexico iaitu tempat naiknya Felix Baumgartner , the man who have a plutonium balls.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...