Monday, October 8, 2012

Pesanan Kepada Sukarelawan MLM Yang Masih Belum Mempunyai RM1 Juta

 Buat pengetahuan pembenci BN dan penggemar PKR sekalian, aku adalah individu yang paling bencikan MLM . The only thing yang aku suka pasal geng-geng ni, mereka sanggup belanja makan semasa mencari mangsa. Itu adalah salah satu nilai murni yang patut dipupuk oleh semua orang, lebih-lebih lagi member-member serumah aku orang-orang kaya.

  Aku tahu ramai yang gagal dalam matlamat nak jadi jutawan segera ni. Member aku pun ramai je hilang kawan dan kena dismiss U sebab menatang ni. Jadi ingat nak bantulah golongan-golongan ni. SAYS.MY adalah rangkaian pengiklanan terbaru di rantau ini. Tak perlu cari downline, tak perlu belanja orang makan dan juga tak perlu berlagak kaya dengan kereta sewa. Dengan hanya mendaftarkan diri dan semangat untuk meng'share'kan seberapa banyak iklan yang boleh, aku jamin hujung bulan saudara tidak perlu makan maggi dan nasi bujang lagi. Anda semua tidak perlu risau mengenai iklan kerana hanya iklan-iklan taraf mewah dan Gred AAA sahaja yang dibenarkan. Iklan seperti produk Dr.Rozmey, Kopi Jantan serta Mustajab PayuNaik adalah dilarang sekali didalam laman ini.

"Saya jamin kalau saudara-saudari join skim ini, anda akan di'dismiss' tak sampai 1 semester. hebat bukan ?" - C bukan nama sebenar
  Yang aku tahu, pulangannya tidaklah sampai tahap mengganti Bill Gates dalam senarai manusia terkaya didunia tetapi cukuplah untuk anda mempunyai wang saku untuk bergumbira dihujung bulan kelak. Bekas-bekas sukarelawan MLM dialu-alukan kerana ia mampu membantu anda mencari modal untuk cover balik hutang yang anda tanggung seperti sewa BMW untuk menarik perhatian pelanggan dan juga bayaran bil makanan yang terpaksa anda habiskan.

Tidak perlu hensem untuk dapat amoi cun dan menjual produk seks - Sekadar Gambar Hiasan

   Untuk yang nak join , sila join disini dan untuk yang tidak berminat , sila klik disini untuk cenderamata khas hasil sumbangan penaja blog ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...