Monday, November 7, 2011

Bila budak Meleis mula bersembang...

Kelmarin aku pergi keluar membeli barang bersama adik dan bapa saudara aku. Setelah selesai membeli barang yang semua inginkan, aku and the geng pergi ke sebuah gerai untuk makan malam memandangkan hari yang sudah malam dan aku dan anggota yang lain malas nak masak di rumah nanti. Disebabkan orang yang terlalu ramai,kami terpaksa berkongsi meja dengan sekumpulan manusia yang bajet Jason Mraz dan Bruno Mars. Secara tidak sengaja,kami mendengar perbualan mereka kerana volume suara mereka boleh dikatakan kuat.

Mamat 1 : Weh,ko cakap nak beli watch? Bila ?
Mamat 2 : Nantilah..aku taknak beli kat sini,semua model-model tak up-to-date.
Mamat 1 : Ko nak beli brand apa ? Belilah yang macam aku ni..G-Shock,ori..RM999 jer.
Mamat 2 : Taknak lah. Tak sesuai dengan aku...aku ingat nak beli Tissot atau Mont Blanc lah..
Mamat 1 : Tapi tu jenis-jenis golongan veteran bro~
Mamat 2 : A'ah,aku tau..tapi awek aku cakap sesuai lah dengan muka aku yang ada iras Robert Downey Jr.
Mamat 1 : Owh...

Tiba-tiba,mak aku call .Aku angkatlah phone dan bercakap dihadapan diorang. Oleh kerana mereka ternampak phone aku lantas mereka bersuara lagi,

Mamat 2 : Eh,Iphone 4 ko mana?
Mamat 1 : Ada kat rumah,tapi aku ingat nak jual lah. Nak angkat yang 4s punya...ada iCloud,
Mamat 2 : Owh...Ipad 2 ko plak? Bukan ko pergi buat casting ke baru-baru ni?
Mamat 1 : Yup..aku buat yang limited punya..siap ada nama aku ngan awek aku kt belakang,fully leather tau..
Mamat 2 : Wah,baru ada gaya bro~
Mamat 1 : Takdelah,biasa je tu..( muka bangga )

Selepas tengok aku and the geng sudah selesai makan da nak blah,mereka terlebih dahulu berbuat demikian dan cepat-cepat Unlock kereta mereka dari jauh . Sebuah Myvi 'Lagi Best' edition kaler Kuning berbunyi,

Mamat 2 : Bro,ni kereta ko ke?
Mamat 1 : A'ah..tapi ni kereta kedua aku..yang 1st aku tinggal kat workshop . tengah tambah sport kit baru.
Mamat 2 : Yang 1st tu kereta apa?
Mamat 1 : Alah..kereta biasa jer . Nissan Fairlady 350Z je...
Mamat 2 : Owh..nanti boleh race la dengan kereta aku. Aku guna BMW M3..
Mamat 1 : Boleh,no hal lah bro...tapi ada satu kereta ko tak boleh lawan kereta aku,
Mamat 2 : Apadia?
Mamat 1 : No plat keta aku lah...AF 7 kot..HAHAHA( Gelak bangga)
Mamat 2 : Takpe,takpe..yang aku tak keluar lagi..tengah tuggu la ni. PKS 1. Amacam bro? HAHA
Mamat 1 : Waaahhh~ baru stylo~

Lantas,mereka masuk kereta tersebut dan blah .Padahal boleh je diorang sembang semua tu dalam kereta . LOL Meleis!! Always proud with what they have...

2 comments:

zulzahar zailan said...

asshole..haha

Alfie Chen said...

aku tau ko suka bab2 berleter nie..hha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...